Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Tuesday, March 3, 2020

Silence!

Listen to silence. It has much to say.


Thank You!

Monday, January 7, 2013

Penganggur Tanam Anggur



Salam... Takde apa yang nak dikarangkan. 


Cuma nak meng'update kembali blog lama yang dah bersarang.



Bukan nak kembali aktif cuma mahu sapu debu di keyboard.



Belajar hampir habis kini tunggu masa kerja di opis.



Bila duit dah ada tiba masa pinang yang tiada.



Otak dah karat nak tampung beban berat.



Kini sudah malam izin aku bertapa di dalam. 



Tehee!

Tuesday, June 21, 2011

Mesej Berantai Yang Merantai Kehidupan Manusia


#Sebenarnya ini adalah post di belog lama aku. Kira macam re-post la. Haha.

Sebentar tadi aku baru dapat satu SMS dari member. SMS tuh berbunyi begini;
 
Salam.. Kpd semua yg bergelar Muslim, hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut pakar ulama, kemungkinan besar itu suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh sentiasa tak berhenti azan dan solat.. SEBARKAN KPD 10 UMAT ISLAM LAIN.. AMANAH!!

First aku baca, ada gak la rasa terdetik takut.. Tapi bila baca 2 3 kali aku pun terpikir, mesej ni untuk memperingati umat Islam tapi kenapa perlukan ‘bilangan’ atau ‘jumlah’ untuk disebarkan? Sedangkan hal ingat mengingati ini tidak memerlukan ‘jumlah’ dan ‘bilangan’ itu. Dan ya, ini adalah mesej berantai. Mesej yang dicipta oleh mereka yang kebosanan lalu mereka mencipta satu karangan dan menyebarkan kepada 2 3 orang rakan terdekat DENGAN meletakkan ayat SEBARKAN, FOWARD, ETC. kepada ‘bilangan’ atau ‘jumlah’ yang mereka inginkan. Ini seperti mahu mempermainkan masyarakat dengan menggunakan tiket ‘untuk peringatan dan kesejahteraan umat Islam’.
Aku ada meng’Google mengenai hal ini dan aku dapati bahawa penyebaran mesej berantai seperti ini merupakan HARAM kerana terdapat banyak percanggahan dari segi syarak. Salah satunya adalah sesuatu berita itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, jika berita itu sebenarnya hanya rekaan dan palsu, maka secara automatik kita akan menyebarkan berita palsu yang mana boleh menimbulkan keraguan dan lebih teruk lagi akan menjerumus kepada unsur KHURAFAT bahkan boleh membawa SYIRIK kepada Allah S.W.T. =.=

Secara peribadinya bagi aku tidak salah untuk kita ingat mengingati supaya manusia sentiasa beringat dan menginsafi diri tetapi HENDAKLAH mengikut cara yang betul dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dengan kata mudah, ingat mengingati tidak salah. Jika mahu menyebarkan juga mesej seperti itu, BOLEH tetapi HARUSLAH di padamkan dahulu perkataan SEBARKAN, FOWARD KPD DAN SEBAGAINYA agar ianya tidak lagi menjadi mesej berantai. Wallahu’alam.

Salam dari aku, Mrx Lonely