Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Tuesday, June 21, 2011

Mesej Berantai Yang Merantai Kehidupan Manusia


#Sebenarnya ini adalah post di belog lama aku. Kira macam re-post la. Haha.

Sebentar tadi aku baru dapat satu SMS dari member. SMS tuh berbunyi begini;
 
Salam.. Kpd semua yg bergelar Muslim, hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut pakar ulama, kemungkinan besar itu suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh sentiasa tak berhenti azan dan solat.. SEBARKAN KPD 10 UMAT ISLAM LAIN.. AMANAH!!

First aku baca, ada gak la rasa terdetik takut.. Tapi bila baca 2 3 kali aku pun terpikir, mesej ni untuk memperingati umat Islam tapi kenapa perlukan ‘bilangan’ atau ‘jumlah’ untuk disebarkan? Sedangkan hal ingat mengingati ini tidak memerlukan ‘jumlah’ dan ‘bilangan’ itu. Dan ya, ini adalah mesej berantai. Mesej yang dicipta oleh mereka yang kebosanan lalu mereka mencipta satu karangan dan menyebarkan kepada 2 3 orang rakan terdekat DENGAN meletakkan ayat SEBARKAN, FOWARD, ETC. kepada ‘bilangan’ atau ‘jumlah’ yang mereka inginkan. Ini seperti mahu mempermainkan masyarakat dengan menggunakan tiket ‘untuk peringatan dan kesejahteraan umat Islam’.
Aku ada meng’Google mengenai hal ini dan aku dapati bahawa penyebaran mesej berantai seperti ini merupakan HARAM kerana terdapat banyak percanggahan dari segi syarak. Salah satunya adalah sesuatu berita itu tidak dapat dipastikan kesahihannya, jika berita itu sebenarnya hanya rekaan dan palsu, maka secara automatik kita akan menyebarkan berita palsu yang mana boleh menimbulkan keraguan dan lebih teruk lagi akan menjerumus kepada unsur KHURAFAT bahkan boleh membawa SYIRIK kepada Allah S.W.T. =.=

Secara peribadinya bagi aku tidak salah untuk kita ingat mengingati supaya manusia sentiasa beringat dan menginsafi diri tetapi HENDAKLAH mengikut cara yang betul dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Dengan kata mudah, ingat mengingati tidak salah. Jika mahu menyebarkan juga mesej seperti itu, BOLEH tetapi HARUSLAH di padamkan dahulu perkataan SEBARKAN, FOWARD KPD DAN SEBAGAINYA agar ianya tidak lagi menjadi mesej berantai. Wallahu’alam.

Salam dari aku, Mrx Lonely

Bercuti Di Kepulauan


Salam semua, dah lama aku tak update belog ni. Banyak masa dihabiskan dengan hal duniawi. Lagipun sekarang ni aku tengah dalam mood final exam, so tak banyak masa untuk aku mengadap PC ni.

Tiada perkhabaran sebenarnya untuk aku khabarkan, cuma, sesiapa yang ada di sebuah pulau dan akan menuju ke pulau, diharap akan berjumpalah kita di suatu tempat yang dinamakan Pulau Perhentian. 30 Jun ini menjadi paksinya. Ahaks!

Salam dari aku, Mrx_Lonely

Wednesday, February 16, 2011

T-shirt LARA Community released (LARA's Tees)

Ok guys, geng LARA kini telah me'release'kan baju ataupun tees LARA Community. Ini merupakan projek terbaru kitorang semenjak penubuhan Group LARA Community. Sebelum ini banyak aktiviti telah kitorang lakukan dan kali ini kitorang mahu lebih dikenali, bukan sahaja di UiTM malah kalau boleh mahu dikenali di serata tempat.

Berikut adalah design baju yang telah dipersetujui oleh admin LARA.

Tees ni ada dua warna, HITAM dan PUTIH (sebagaimana tertera dalam gambar). Kepada korang yang mahu memiliki t-shirt ini, korang bolehlah Send Message (PM inbox) kepada aku sendiri, Mrx Amir TingTong ataupun admin LARA Community yang lain, Lara Ben Deen. Oh ya, tees ini merupakan limited stock. Ianya akan di proses berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada aku sendiri, Mrx Amir TingTong, Lara Ben Deen dan admin LARA Community yang lain. Sekian. :)