Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Wednesday, February 16, 2011

T-shirt LARA Community released (LARA's Tees)

Ok guys, geng LARA kini telah me'release'kan baju ataupun tees LARA Community. Ini merupakan projek terbaru kitorang semenjak penubuhan Group LARA Community. Sebelum ini banyak aktiviti telah kitorang lakukan dan kali ini kitorang mahu lebih dikenali, bukan sahaja di UiTM malah kalau boleh mahu dikenali di serata tempat.

Berikut adalah design baju yang telah dipersetujui oleh admin LARA.

Tees ni ada dua warna, HITAM dan PUTIH (sebagaimana tertera dalam gambar). Kepada korang yang mahu memiliki t-shirt ini, korang bolehlah Send Message (PM inbox) kepada aku sendiri, Mrx Amir TingTong ataupun admin LARA Community yang lain, Lara Ben Deen. Oh ya, tees ini merupakan limited stock. Ianya akan di proses berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada aku sendiri, Mrx Amir TingTong, Lara Ben Deen dan admin LARA Community yang lain. Sekian. :)


Saturday, September 4, 2010

Today is the WORST day ever!!

Worst and sickening day ever!! Fakap!!


Thats ol. T__T

Saturday, July 10, 2010

Welcome To UiTM Machang!


Salam to all, neh aku nak merapu sikit pasal kedatangan korang ke UiTM Machang, kepada budak² baru atau dipanggil junior, hope sangatlah korang boleh menjaga tingkah-laku korang dengan sebaek² mungkin. Kitorang yang senior² neh bukan apa, cuma nak nasihatkan sikit la yer. Especially untuk mereka² yang nak mengewdix aka nak menyombong aka nak berlagak kat UiTM neh. Sorry to say la yer, there's no swank attitude in this territory!

Ok dah, cukup sampai situ untuk topik tuh. Neh aku nak citer sal benda yang tak best dan sumthing yang best pasal UiTM Machang. Hahaha. Untuk budak² baru, take note benda neh k. Mula² korang nak masuk kawasan UiTM, korang akan lalu pondok pengawal yang mana pengawal keselamatan neh amat² la bias, they are so bias with all students. Or we called it, Favoritism! Kalau budak² laki memang selalu menjadi sasaran si pakguard neh. Tapi budak perempuan yang comel² ditambah dengan perangai mengewdix CONFIRM akan lepas dengan mudah even dorang tak pakai kad matrik or whatever yang melanggar peraturan universiti. Ok done! Please take note especially for kaum Adam. :)

Oh ya, neh melibatkan pakguard lagi. Korang akan perasan pakguard neh ada kuasa mengalahkan Dato' Pengarah. Hahaha. Korang nak stail rambut ala² pelakon Korea sikit dah kena tegur, korang nak melaram pakai baju lawa² yang ikut cutting body pun kena tegur, korang pakai baju lengan pendek, pun kena tegur siap kasi warning lagi dan macam² lagi la. Hahaha. Memang ramai student yang agak 'panas hati' dengan pakguard neh. Tapi apakan daya, korang sebagai student kena la ikut gak peraturan. Kalau melawan takut nanti jadi kes lain lak. Hahaha. Kalau korang rajin, korang try search Google cari lagu Fuck-Guard. Entiti khas dari student UiTM special untuk pakguard. :)


Ok, seterusnya neh aku nak citer pasal dining tak kira la dining kolej perempuan or kolej laki. Sume lebih kurang je. Cuba korang perhatikan, harga makanan kat dining tuh lagi mahal lau nak dibandingkan dengan harga makanan kat kedai luar UiTM. Padahal management dining tuh dah diberi tender dan harga kawalan tapi tuh la, bila pihak atasan tutup mata, pihak kat bawah neh apa lagi, letak harga suka hati je. Dan lagi satu, untuk membuktikan kata² aku neh betul. Cuba hari neh korang pergi dining and amek nasi kosong, lauk ayam goreng pastu taruk la udang dua tiga ketul. Harga kemungkinan dalam RM4, pastu keesokkan nya korang pergi lagi kat dining dan amek lauk yang sama macam yang ko amek semalam. Haaa! Korang tengok lah. Harga semalam dan harga hari neh masih sama or tak. Try la buat yer. Hehehe. :)


Ok dah! Aku pun malas dah nak taip panjang². Sebenarnya banyak lagi benda yang tersorok kat UiTM Machang neh. Tunggu next entry la yer. Aku akan revealed satu² pasal apa yang korang patut tahu. Sekian dari aku. TSA. :)