Saturday, July 10, 2010
Welcome To UiTM Machang! Saturday, July 10, 2010
Ok dah, cukup sampai situ untuk topik tuh. Neh aku nak citer sal benda yang tak best dan sumthing yang best pasal UiTM Machang. Hahaha. Untuk budak² baru, take note benda neh k. Mula² korang nak masuk kawasan UiTM, korang akan lalu pondok pengawal yang mana pengawal keselamatan neh amat² la bias, they are so bias with all students. Or we called it, Favoritism! Kalau budak² laki memang selalu menjadi sasaran si pakguard neh. Tapi budak perempuan yang comel² ditambah dengan perangai mengewdix CONFIRM akan lepas dengan mudah even dorang tak pakai kad matrik or whatever yang melanggar peraturan universiti. Ok done! Please take note especially for kaum Adam. :)
Oh ya, neh melibatkan pakguard lagi. Korang akan perasan pakguard neh ada kuasa mengalahkan Dato' Pengarah. Hahaha. Korang nak stail rambut ala² pelakon Korea sikit dah kena tegur, korang nak melaram pakai baju lawa² yang ikut cutting body pun kena tegur, korang pakai baju lengan pendek, pun kena tegur siap kasi warning lagi dan macam² lagi la. Hahaha. Memang ramai student yang agak 'panas hati' dengan pakguard neh. Tapi apakan daya, korang sebagai student kena la ikut gak peraturan. Kalau melawan takut nanti jadi kes lain lak. Hahaha. Kalau korang rajin, korang try search Google cari lagu Fuck-Guard. Entiti khas dari student UiTM special untuk pakguard. :)
Ok, seterusnya neh aku nak citer pasal dining tak kira la dining kolej perempuan or kolej laki. Sume lebih kurang je. Cuba korang perhatikan, harga makanan kat dining tuh lagi mahal lau nak dibandingkan dengan harga makanan kat kedai luar UiTM. Padahal management dining tuh dah diberi tender dan harga kawalan tapi tuh la, bila pihak atasan tutup mata, pihak kat bawah neh apa lagi, letak harga suka hati je. Dan lagi satu, untuk membuktikan kata² aku neh betul. Cuba hari neh korang pergi dining and amek nasi kosong, lauk ayam goreng pastu taruk la udang dua tiga ketul. Harga kemungkinan dalam RM4, pastu keesokkan nya korang pergi lagi kat dining dan amek lauk yang sama macam yang ko amek semalam. Haaa! Korang tengok lah. Harga semalam dan harga hari neh masih sama or tak. Try la buat yer. Hehehe. :)
Ok dah! Aku pun malas dah nak taip panjang². Sebenarnya banyak lagi benda yang tersorok kat UiTM Machang neh. Tunggu next entry la yer. Aku akan revealed satu² pasal apa yang korang patut tahu. Sekian dari aku. TSA. :)
Tuesday, May 4, 2010
Lagi Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang UiTM Machang! Tuesday, May 04, 2010
Ok lah, neh serba sedikit info yang aku cilok dari blog Bro Faiz. Untuk lebih info, korang usha je blog Bro Faiz sendiri. :D
1. Kolej lelaki (TAR) punya la dekat dengan masjid tapi bila masuk waktu, saf ada 2-3 baris je. Ini adalah realiti, sampai pihak UiTM terpaksa buat program mengimarahkan masjid. Tak pegi, tak dapat kupon. Malas jugak? Mintak tolong member yang rajin tolong sainkan.
2. Jangan nak heran kalau kolej korang ada bau najis kelawar sebab korang memang berkongsi tempat menumpang dengan makhluk tersebut.
3. Jika korang kerap ada function or exam yang bertempat di Dewan Professional, sila buat warm-up di dalam bilik terlebih dahulu sebab korang terpaksa mendaki tangga batu cave.
4. Pengarah Kampus UiTM Machang, Prof Dr Hussin merupakan salah seorang die hard fans kepada Alleycat.
5. Internet adalah percuma tetapi jangan harap nak bersosial melalui facebook/myspace or friendster sebab dah disekat dengan Websense. Jika nak dapat tips untuk lepas dari websense, belajar dengan Paan kat blog ni.
6. Nama-nama kolej menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia. Maybe pihak pengarah tengah berkira-kira nak bina satu lagi kolej untuk nama Dato Seri Najib (Nama Pak Lah pun tak ada lagi..).
7. Berdepan dengan UiTM, ada perkhidmatan kereta sewa oleh Kak Ja,kalau korang masuk kepala dengan dia, boleh dapat diskaun kot? (Kak Ja, kawe nak claim royalti. haha. )
8. Duit PTPTN/elaun makan percuma dah habis? Beli je nasik mek siam untuk save budget. nasi+telur dadar+tomyam = RM2.
9. Malas pegi kelas? Pergi ambil MC kat klinik UiTM, cakap direct je dengan doktor. Nak drop exam? Amik kat klinik luar, jangan harapkan klinik UiTM sebab time exam doktor tiba-tiba jadi kedekut.
10. Tempat paling best nak lepak-lepak dengan member-member di hujung minggu? Sewa kereta Kak Ja, pegi lepak kat Pantai Tok Bali sambil mengunyah sata (ini adalah nama makanan, bukan hard-disk ).
Hahaha, cukup 10 je la yer. Kalau korang rasa nak tambah lagi, boleh lah terus ke SINI.
P/s: Bro Faiz neh otai-mer UiTM Machang wooo! Ramai gadis duk tergila2kan dia. Huh! Tapi dia tak layan beb, sebab tuh sampai sekarang masih single mingle. Hahaha. :D
Apa Yang Ada Di UiTM Machang? Tuesday, May 04, 2010
Gambar kat bawah ni ialah Bangunan Pentadbiran. Ni lah bangunan pertama yg korang akan jumpa bila masuk dalam kawasan kampus. Kat sini ada bahagian HEA, HEP, Unit Kualiti, Pejabat Pengarah, Bilik Mesyuarat, Pejabat Kewangan dan bilik-bilik pensyarah.
Makan
Kampus ni tak lah besar sangat kalau nak bandingkan dengan kampus UiTM yang lain tapi ok lah. Pasal makan, korang jangan bimbang. Makanan kat sini boleh dikatakan agak murah dan berbaloi-baloi dengan bajet yang agak kecil pun. Korang boleh dapatkan nasi set dengan harga RM2 dan RM3 je kat sini. Nasi set tuh merangkumi Nasi Putih, Tomyam dan Telur Dadar/Telur Mata. Dalam neh lak ada foodcourt, lebih kurang 5 kedai makan ada kat situ dan ada gerai-gerai kecil.
Dekat dengan UiTM ni banyak kedai makan yg murah-murah, contohnya Sigai, Nyior Cafe, D' Belukar, IT Corner, Delima Cafe, Ikan Keliwon dan macam-macam lagi. So tak perlu runsing la pasal makan kat sini. Ada duit sikit pun still boleh makan sampai pecah perut. Percayalah! :DPengangkutan
Kalau korang nak pergi ke bandar, iaitu bandar Machang, ada perkhidmatan van. Kitorang panggil “tenggiling” sebab van tu warna kuning. Kalau untuk pusing-pusing dalam kampus UiTM Machang ni, kosnya 50 sen sahaja, kalau nak ke bandar Machang kosnya RM1.50. Kalau nak ke Kota Bharu, kosnya RM5. Tapi kalau naik teksi tak silap aku cajnya RM7 seorang. Kalau naik kereta Kancil macam aku, isi RM10 petrol jenis Ron 95 dah boleh drive pergi balik. Jarak UiTM Machang dengan Kota Bharu ialah lebih kurang 55 km atau 50 minit memandu. Tapi kalau jalan jam, mau cecah 1 jam setengah jugak. Untuk senang nak ke mana-mana, save lah nombor telefon pemandu-pemandu van tersebut. Hubungi mereka bila perlu. Kenapa kena bayar? Kerana.. UiTM tak provide bas UiTM untuk bersiar-siar.
InternetBerkenaan internet, bagi yg hantu internet macam aku ni pun tak ada masalah. 3g di Kelantan mula-mula diperkenalkan di UiTM Machang kemudian baru ada 3g di Kota Bharu. Celcom Broadband dan Maxis Broadband pun ada 3g di sini. Wimax sekarang baru je masuk Kota Bharu, dan kawasan kedua yg akan ada coverage Wimax ialah UiTM Machang. Pasal streamyx, itu biasalah. Tapi kalau nak harapkan wifi percuma dari kolej, huh! Kerat jari lagi bagus. Hahaha.
Kolej Kediaman
Kemudahan kolej kediaman diberi kepada semua student baru. Gambar kat bawah ni ialah Kolej Kediaman Dato Onn iaitu kolej untuk budak2 perempuan. Ada dua kolej untuk student perempuan, Dato Onn dan Tun Hussien Onn atau nama singkatan yang famous, DO dan THO. Haha. Kolej perempuan sangat2 dekat dengan foodcourt dan dewan, so kalau ada apa2 event di dewan, budak2 perempuan yang selalu sampai awal. Dan bila waktu malam je, boleh la tengok ramai giler yang lepak chill kat foodcourt.
Blok kuliah sekarang dah ada 4 buah dan mungkin akan bertambah lagi di masa hadapan. Kompleks yang terbaru adalah Kompleks Blok D, kompleks ni ada makmal, kelas, dewan kuliah dan macam-macam lagi. Blok D neh juga agak jauh berbanding dengan blok2 lain. Tapi jangan risau lah, korang boleh naik 'tenggiling' untuk pergi ke blog tuh.
Bagi yg sakit kaki, jangan bimbang sebab bangunan sini semuanya tak tinggi. Antara 3 hingga 4 tingkat sahaja. Hahaha.
Cuma, syarat yg semua kita kena patuhi ialah pastikan kehadiran ke kelas tidak kurang 80%. Kalau tak nanti tak boleh masuk exam. Bila tak boleh masuk exam, kenalah mengulang subjek tersebut. Tak best macam tu!
Aku rasa cukup dulu sampai sini. Segala info neh pun aku ambik dari blog Cik Adek Yang Comel neh. Hehehe. Aku cuma tambah sikit2 je. :)
Apa2 pun aku ucapkan Most Welcome kepada korang yang bakal menjejakkan kaki di UiTM Machang neh!
Salam dari aku: Tan Sri Amir Lara
P/s: Nampaknya makin bertambah2 lah 'adek baru' aku nanti. Hehehe. :D
