Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Showing posts with label Group Tan Sri SAHAJA. Show all posts
Showing posts with label Group Tan Sri SAHAJA. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Lara Community's Tees Launched!


Hoi, hoi, hoi.(Ikut trademark Shahir AF8). Eh2, salam 1Malaysia semua. Dah lama aku tak update blog neh maklumlah banyak kerja duniawi yang harus dan wajib aku utamakan dahulu. Ok2, kali neh aku taknak melalut panjang. Aku diamanahkan oleh boss besar group Lara Community neh untuk mempromosikan beberapa barang ataupun nama yang lebih cantik adalah aksesosi untuk menjadi 'tanda' kewujudan Lara Community. Oh ya, untuk makluman korang Lara Community neh ditubuhkan khas untuk student UiTM Machang TETAPI ianya boleh juga di'join untuk mereka yang bukan berada di UiTM Machang. Its means, Lara Community is a indie group. :-)

Ok2, cukup sampai sini je aku mengarang karutan yang kalut. Hahaha. Meh2 tengok antara design awal tees Lara Community neh.


Tuesday, May 4, 2010

Lagi Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang UiTM Machang!



Hahaha, kali neh aku ingin berkongsi apa yang aku dapat dalam blog Bro Faiz. Beberapa perkara yang wajib anda tahu jika anda seorang pelajar ataupun bakal pelajar UiTM Machang. Tapi neh adalah info underground je. Nak info yang maha dasyat kena la Google-ing ataupun masuk je web rasmi UiTM Machang. Hehehe.

Ok lah, neh serba sedikit info yang aku cilok dari blog Bro Faiz. Untuk lebih info, korang usha je blog Bro Faiz sendiri. :D

1. Kolej lelaki (TAR) punya la dekat dengan masjid tapi bila masuk waktu, saf ada 2-3 baris je. Ini adalah realiti, sampai pihak UiTM terpaksa buat program mengimarahkan masjid. Tak pegi, tak dapat kupon. Malas jugak? Mintak tolong member yang rajin tolong sainkan.

2. Jangan nak heran kalau kolej korang ada bau najis kelawar sebab korang memang berkongsi tempat menumpang dengan makhluk tersebut.

3. Jika korang kerap ada function or exam yang bertempat di Dewan Professional, sila buat warm-up di dalam bilik terlebih dahulu sebab korang terpaksa mendaki tangga batu cave.

4. Pengarah Kampus UiTM Machang, Prof Dr Hussin merupakan salah seorang die hard fans kepada Alleycat.

5. Internet adalah percuma tetapi jangan harap nak bersosial melalui facebook/myspace or friendster sebab dah disekat dengan Websense. Jika nak dapat tips untuk lepas dari websense, belajar dengan Paan kat blog ni.

6. Nama-nama kolej menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia. Maybe pihak pengarah tengah berkira-kira nak bina satu lagi kolej untuk nama Dato Seri Najib (Nama Pak Lah pun tak ada lagi..).

7. Berdepan dengan UiTM, ada perkhidmatan kereta sewa oleh Kak Ja,kalau korang masuk kepala dengan dia, boleh dapat diskaun kot? (Kak Ja, kawe nak claim royalti. haha. :lol: )

8. Duit PTPTN/elaun makan percuma dah habis? Beli je nasik mek siam untuk save budget. nasi+telur dadar+tomyam = RM2. 8)

9. Malas pegi kelas? Pergi ambil MC kat klinik UiTM, cakap direct je dengan doktor. Nak drop exam? Amik kat klinik luar, jangan harapkan klinik UiTM sebab time exam doktor tiba-tiba jadi kedekut.

10. Tempat paling best nak lepak-lepak dengan member-member di hujung minggu? Sewa kereta Kak Ja, pegi lepak kat Pantai Tok Bali sambil mengunyah sata (ini adalah nama makanan, bukan hard-disk 8O ).


Hahaha, cukup 10 je la yer. Kalau korang rasa nak tambah lagi, boleh lah terus ke SINI.


P/s: Bro Faiz neh otai-mer UiTM Machang wooo! Ramai gadis duk tergila2kan dia. Huh! Tapi dia tak layan beb, sebab tuh sampai sekarang masih single mingle. Hahaha. :D

Monday, May 3, 2010

Lara Community Launched!


Salam all, hari neh adalah hari Isnin bersamaan 3 Mei 2010 terciptanya sebuah blog yang akan melaporkan segala macam jenis xtvt Geng Lara(G.L) sepanjang tertubuhnya G.L neh. Geng Lara atau lebih dikenali sebagai G.L telah mendapat nama melalui beberapa rakan di universiti antaranya Lara Ben Deen, Shahrul Ikhwan Lara, Haidou Lara, Tan Sri Amir Lara, dan ramai lagi.(Maaf la tak larat nak letak semua nama. Hehehe)

Geng Lara neh merupakan antara geng 'most wanted' oleh pakguard universiti kitorang. Hahaha. Ada lagi geng yang 'paling dasyat'! Geng Pondan! Hahahaha.(Kebanyakkan geng pondan neh adalah budak2 Art & Design. Sorry to say lah yer!)

Oh ya, kitorang telah menubuhkan group di halaman Facebook iaitu Group LaRa Community. Sebarang info tentang group neh boleh lah terus ke SINI.


*Klik gambar untuk tumbesaran tahap maksima*

Korang juga amat dialu2kan untuk join group Lara Community kerana group neh bukan saja hanya untuk budak2 universiti kami tetapi untuk umum. Tak rugi punya korang join, siap ada khidmat agensi cari jodoh lagi taw. Hahaha. Korang2 yang ada masalah pun boleh kongsi dengan kitorang dan kita sama2 akan bantu korang. Harap semua masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Ok lah, sampai sini dulu aku kasi intro pasal Geng Lara neh. Ingat! Geng neh bukan geng untuk penjenayah atau geng samseng tetapi geng neh adalah geng untuk mengumpulkan member2 baru serta berkongsi apa yang rasanya patut dikongsi. InsyaAllah satu hari nanti akan ada event yang akan kitorang buat. Just tungguuuu~ Hehehe. Sekian dari aku. Tan Sri Amir Lara


P/s: Geng Lara adalah geng terbaek universiti kita! Hehehe. ^_^