Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Tuesday, May 4, 2010

Lagi Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang UiTM Machang!



Hahaha, kali neh aku ingin berkongsi apa yang aku dapat dalam blog Bro Faiz. Beberapa perkara yang wajib anda tahu jika anda seorang pelajar ataupun bakal pelajar UiTM Machang. Tapi neh adalah info underground je. Nak info yang maha dasyat kena la Google-ing ataupun masuk je web rasmi UiTM Machang. Hehehe.

Ok lah, neh serba sedikit info yang aku cilok dari blog Bro Faiz. Untuk lebih info, korang usha je blog Bro Faiz sendiri. :D

1. Kolej lelaki (TAR) punya la dekat dengan masjid tapi bila masuk waktu, saf ada 2-3 baris je. Ini adalah realiti, sampai pihak UiTM terpaksa buat program mengimarahkan masjid. Tak pegi, tak dapat kupon. Malas jugak? Mintak tolong member yang rajin tolong sainkan.

2. Jangan nak heran kalau kolej korang ada bau najis kelawar sebab korang memang berkongsi tempat menumpang dengan makhluk tersebut.

3. Jika korang kerap ada function or exam yang bertempat di Dewan Professional, sila buat warm-up di dalam bilik terlebih dahulu sebab korang terpaksa mendaki tangga batu cave.

4. Pengarah Kampus UiTM Machang, Prof Dr Hussin merupakan salah seorang die hard fans kepada Alleycat.

5. Internet adalah percuma tetapi jangan harap nak bersosial melalui facebook/myspace or friendster sebab dah disekat dengan Websense. Jika nak dapat tips untuk lepas dari websense, belajar dengan Paan kat blog ni.

6. Nama-nama kolej menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia. Maybe pihak pengarah tengah berkira-kira nak bina satu lagi kolej untuk nama Dato Seri Najib (Nama Pak Lah pun tak ada lagi..).

7. Berdepan dengan UiTM, ada perkhidmatan kereta sewa oleh Kak Ja,kalau korang masuk kepala dengan dia, boleh dapat diskaun kot? (Kak Ja, kawe nak claim royalti. haha. :lol: )

8. Duit PTPTN/elaun makan percuma dah habis? Beli je nasik mek siam untuk save budget. nasi+telur dadar+tomyam = RM2. 8)

9. Malas pegi kelas? Pergi ambil MC kat klinik UiTM, cakap direct je dengan doktor. Nak drop exam? Amik kat klinik luar, jangan harapkan klinik UiTM sebab time exam doktor tiba-tiba jadi kedekut.

10. Tempat paling best nak lepak-lepak dengan member-member di hujung minggu? Sewa kereta Kak Ja, pegi lepak kat Pantai Tok Bali sambil mengunyah sata (ini adalah nama makanan, bukan hard-disk 8O ).


Hahaha, cukup 10 je la yer. Kalau korang rasa nak tambah lagi, boleh lah terus ke SINI.


P/s: Bro Faiz neh otai-mer UiTM Machang wooo! Ramai gadis duk tergila2kan dia. Huh! Tapi dia tak layan beb, sebab tuh sampai sekarang masih single mingle. Hahaha. :D

1 comments:

Faeiz said...

Oi, pandei2 je ko kate aku single~
Aku dah kawen anak 6 dah arr...