Jangan rasa diri tuh hebat kalau makan minum pun mak bapak yang masih tanggung! - M.L

Tuesday, May 4, 2010

Apa Yang Ada Di UiTM Machang?

Hai, salam bertemu lagi kita. Kali neh aku nak kongsi serba sedikit beberapa benda yang melibatkan mereka2 yang akan menjejakkan kaki ke UiTM Machang. Artikel neh di tujukan khas buat bakal penuntut UiTM Machang untuk intake Jun 2010. Bukan apa, ramai budak2 luar yang agak down ketika neh kerana dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Machang. (Ada mereka yang kata Machang neh pekan koboi. Isk3).

Gambar kat bawah ni ialah
Bangunan Pentadbiran. Ni lah bangunan pertama yg korang akan jumpa bila masuk dalam kawasan kampus. Kat sini ada bahagian HEA, HEP, Unit Kualiti, Pejabat Pengarah, Bilik Mesyuarat, Pejabat Kewangan dan bilik-bilik pensyarah.



Makan

Kampus ni tak lah besar sangat kalau nak bandingkan dengan kampus UiTM yang lain tapi ok lah. Pasal makan, korang jangan bimbang. Makanan kat sini boleh dikatakan agak murah dan berbaloi-baloi dengan bajet yang agak kecil pun. Korang boleh dapatkan nasi set dengan harga RM2 dan RM3 je kat sini. Nasi set tuh merangkumi Nasi Putih, Tomyam dan Telur Dadar/Telur Mata. Dalam neh lak ada foodcourt, lebih kurang 5 kedai makan ada kat situ dan ada gerai-gerai kecil.

Dekat dengan UiTM ni banyak kedai makan yg murah-murah, contohnya Sigai, Nyior Cafe, D' Belukar, IT Corner, Delima Cafe, Ikan Keliwon dan macam-macam lagi. So tak perlu runsing la pasal makan kat sini. Ada duit sikit pun still boleh makan sampai pecah perut. Percayalah! :D

Pengangkutan

Kalau korang nak pergi ke bandar, iaitu bandar Machang, ada perkhidmatan van. Kitorang panggil “tenggiling” sebab van tu warna kuning. Kalau untuk pusing-pusing dalam kampus UiTM Machang ni, kosnya 50 sen sahaja, kalau nak ke bandar Machang kosnya RM1.50. Kalau nak ke Kota Bharu, kosnya RM5. Tapi kalau naik teksi tak silap aku cajnya RM7 seorang. Kalau naik kereta Kancil macam aku, isi RM10 petrol jenis Ron 95 dah boleh drive pergi balik. Jarak UiTM Machang dengan Kota Bharu ialah lebih kurang 55 km atau 50 minit memandu. Tapi kalau jalan jam, mau cecah 1 jam setengah jugak. Untuk senang nak ke mana-mana, save lah nombor telefon pemandu-pemandu van tersebut. Hubungi mereka bila perlu. Kenapa kena bayar? Kerana.. UiTM tak provide bas UiTM untuk bersiar-siar.

Internet

Berkenaan internet, bagi yg hantu internet macam aku ni pun tak ada masalah. 3g di Kelantan mula-mula diperkenalkan di UiTM Machang kemudian baru ada 3g di Kota Bharu. Celcom Broadband dan Maxis Broadband pun ada 3g di sini. Wimax sekarang baru je masuk Kota Bharu, dan kawasan kedua yg akan ada coverage Wimax ialah UiTM Machang. Pasal streamyx, itu biasalah. Tapi kalau nak harapkan wifi percuma dari kolej, huh! Kerat jari lagi bagus. Hahaha.


Kolej Kediaman

Kemudahan kolej kediaman diberi kepada semua student baru. Gambar kat bawah ni ialah Kolej Kediaman Dato Onn iaitu kolej untuk budak2 perempuan. Ada dua kolej untuk student perempuan, Dato Onn dan Tun Hussien Onn atau nama singkatan yang famous, DO dan THO. Haha. Kolej perempuan sangat2 dekat dengan foodcourt dan dewan, so kalau ada apa2 event di dewan, budak2 perempuan yang selalu sampai awal. Dan bila waktu malam je, boleh la tengok ramai giler yang lepak chill kat foodcourt.




Blok kuliah sekarang dah ada 4 buah dan mungkin akan bertambah lagi di masa hadapan. Kompleks yang terbaru adalah Kompleks Blok D, kompleks ni ada makmal, kelas, dewan kuliah dan macam-macam lagi. Blok D neh juga agak jauh berbanding dengan blok2 lain. Tapi jangan risau lah, korang boleh naik 'tenggiling' untuk pergi ke blog tuh.

Bagi yg sakit kaki, jangan bimbang sebab bangunan sini semuanya tak tinggi. Antara 3 hingga 4 tingkat sahaja. Hahaha.

Cuma, syarat yg semua kita kena patuhi ialah pastikan kehadiran ke kelas tidak kurang 80%. Kalau tak nanti tak boleh masuk exam. Bila tak boleh masuk exam, kenalah mengulang subjek tersebut. Tak best macam tu!


Aku rasa cukup dulu sampai sini. Segala info neh pun aku ambik dari blog Cik Adek Yang Comel neh. Hehehe. Aku cuma tambah sikit2 je. :)


Apa2 pun aku ucapkan Most Welcome kepada korang yang bakal menjejakkan kaki di UiTM Machang neh!

Salam dari aku: Tan Sri Amir Lara


P/s: Nampaknya makin bertambah2 lah 'adek baru' aku nanti. Hehehe. :D


5 comments:

meera rais said...

tetibe je rindu uitm mache !! wee~

Mrx Lonely said...

skrg kt mne?

Faeiz.com said...

Sila ke http://faeiz.com/trivia/10-perkara-anda-wajib-tahu-jika-anda-seorang-pelajar-uitm-machang/ untuk tips and tricks hidup di UiTM Machang. Rindu ar nak pegi lepak kat sana.. :(

Anonymous said...

ada gym tak kat sane

atoqa said...

gym ada di dewan profesional. tmpt main squash pun kat situ gak..